Bekalan Lembu dari Ladang

Ladang ternakan fidlot kami menyediakan bekalan lembu
daging, daging lembu siap sembelih, dan kambing boer
untuk tujuan:

Akikah (Aqiqah)
Korban
Perkahwinan
Bekalan lembu hidup

Ternakan Itik dan Ayam Kampong juga boleh
di perolehi di ladang kami

Sesiapa yang berminat, sila hubungi:

Pengurus,
Ishak Hassan Farm,
Kampung Belangkan,
Kuala Sawah, Rantau, Seremban
Negeri Sembilan.

En. Nordin Udin (019-2413445 )

Lembu Sedang Bersantai

Ternakan yang dibela secara fidlot berada dalam persekitaran yang berbeza daripada kaedah tradisional.  Menurut berapa kajian di luar negara, keadaan terkurung mempunyai kesan tersendiri terhadap kadar pertumbuhan ternakan. Ternakan mungkin berada dalam keadaan tertekan dan boleh di kesan melalui tingkahlaku yang agresif, resah dan sebagainya.  Oleh itu, usahawan ternak perlu menyediakan satu kawasan yang sesuai untuk tujuan bersantai terutamanya ketika waktu siang.

Rumput Napier

Rumput Napier atau Pennisetum purpureum merupakan tumbuhan asli di benua Afrika yang berhawa tropika. Tumbuhan yang juga dikenali sebagai rumput gajah, rumput sudan, atau rumput raja ini amat sesuai di tanam di kawasan lembap bagi tujuan komersial. Ia sesuai untuk makanan ternakan kerana mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi. Oleh kerana Napier mempunyai batang yang agak keras, biasanya napier perlu di mesin sebelum di berikan kepada haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Syarikat kami telah menanam tumbuhan ini di tiga kawasan bagi menampung bilangan lembu fidlot sebanyak 300 ekor dan kambing boer sebanyak 150 ekor.


Menual Penternakan Lembu Fidlot

"Manual Penternakan Lembu Fidlot" adalah sangat berguna kepada bakal-bakal usahawan ternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot. Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik.  Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja. Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan.  Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat   bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing.  Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot. Seterusnya...

Pembinaan Pejabat dan Rumah Pekerja

Ruang pejabat untuk urusan pengurusan ladang sedang giat dilaksanakan.  Kemudahan dua tingkat ini ini juga menepatkan rumah pekerja yang boleh menampung sekurang-kurangnya 20 orang pekerja sepenuh masa lengkap dengan bilik tidur dan ruang memasak

Tapak Baru Untuk Pembiakan Baka

Syarikat IshakHassanFarm (IHF) merancang untuk membiak baka lembu untuk bekalan kepada ladang-ladang fidlot kecil-kecilan di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, dan Wilayah Persekutuan.  Projek yang dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya RM500 000.00 ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.  Tapak baru ini akan memuatkan lebih daripada 200 ekor induk muda untuk tujuan pembakaan. Kemudahan ini akan dilengkapi dengan teknologi termaju dalam pembakaan lembu sepertimana yang diamalkan di Amerika, Australia, New Zealand dan sebagainya.  Untuk jangka panjang syarikat kami juga akan menyediakan kemudahan-kemudahan latihan kepada pelatih doktor haiwan atau mana-mana pertubuhan yang berminat.