Hampas soya dikatakan amat sesuai untuk lembu fidlot. Hampas soya dengan bekalan sebanyak 15 tan sehari berharga sekitar RM350 setan (termasuk termasuk pengangkutan di Shah Alam dan Klang) ialah RM350 setan. Sesiapa yang berminat boleh hubungi 019-2272127 untuk pesanan.
Syarikat Lori Sewa Bumiputera
Usahawan penternak yang baru memulakan penternakan mungkin memerlukan perkhidmatan lori sewa. Jadi bolehkah mempertimbangkan untuk membantu sesama bangsa. Berikut merupakan syarikat lori bumiputera yang boleh dihubungi:
Kelakuan Lembu Fidlot
Ternakan fidlot dikurung dalam satu kawasan yang terhad hampir sepanjang masa. Keadaan ini mungkin menyebabkan haiwan berada dalam keadaan yang tertekan. Ternakan yang tertekan dikatakan tidak bagus untuk pertumbuhan dan produktiviti. Bilangan haiwan dalam sesuatu kandang dan cuaca terlalu panas merupakan antara contoh yang menyumbang kepada permasalahan ini. Beberapa petunjuk yang digunakan oleh penyelidik di barat untuk mengkaji sama ada sesuatu kelompok ternakan menghadapi masalah ialah: kekerapan haiwan berdiri, baring, makan, minum, dan berjalan dalam satu tempoh masa tertentu.
Rujukan:
Mitlohner, F. M., Morrow-Tesch, J. L., Wilson S. C., Dailey, J. W. Mcclone, J. J. (2001). Behavioral sampling techniques for feedlot cattle. Journal of animal science, 79(5), 1189-1193.
Tatatertib Melayan Pelanggan
Usahawan penternak perlulah peka ketika melayan pelanggan. Di sini digariskan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian.
1. Bijak melayan kerenah pelanggan
2. Sentiasa senyum, mesra dan ramah semasa melayan
3. Berpakaian bersih, kemas dan sesuai
4. Bahasa digunakan mestilah sesuai
5. Sentiasa bersopan santun dan sabar
6. Berikan perhatian terhadap pelanggan
7. Tertib, jujur dan adil ketika berusaha menyakinkan pelanggan
8. Mengenali pelanggan sedaya upaya
9. Semat dalam minda bahawa perniagaan anda terletak pada pelanggan
2. Sentiasa senyum, mesra dan ramah semasa melayan
3. Berpakaian bersih, kemas dan sesuai
4. Bahasa digunakan mestilah sesuai
5. Sentiasa bersopan santun dan sabar
6. Berikan perhatian terhadap pelanggan
7. Tertib, jujur dan adil ketika berusaha menyakinkan pelanggan
8. Mengenali pelanggan sedaya upaya
9. Semat dalam minda bahawa perniagaan anda terletak pada pelanggan
10. Perwatakan yang menarik
Penyakit Lembu Gila
Patologi Ternakan Lembu Fidlot
Secara umum, patologi adalah kajian mengenai penyakit. Hubungannya dengan penternakan lembu ialah dalam kajian mengenai penyakit-penyakit lembu, virus-virus, kesannya kepada manusia, dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan. Istilah yang digunakan agak sukar difahami oleh mereka yang tidak mendalaminya. Walau bagaimanapun usahawan penternak perlu menyedari perkara ini dan peka mengenainya. Contoh tentang patologi ini boleh diperolehi di sini
Struktur Organisasi Fidlot Komersial
Usahawan penternak yang berhasrat membangunkan penternakan fidlot secara komersial perlu memantapkan struktur organisasi yang sesuai. Berikut merupakan contoh struktur organisasi fidlot komersial di negara barat.
Kandang Baru
Kandang fidlot baru kami yang berukuran 60x150 sedang dalam pembinaan. Kos pembinaan dianggarkan sekitar RM120,000.00 dan sesuai bagi 300-500 ekor lembu pedaging pada sesuatu ketika. Rekabentuk kandang ini menepati garispanduan schematic layout of feedlot (mukasurat 14) yang di keluarkan oleh Department of Agriculture and the State of Western Australia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila klik disini.
Subscribe to:
Posts (Atom)