Lalat boleh didapati dengan banyaknya di kawasan penternakan seperti ternakan ayam, ladang lembu tenusu dan pedaging, kawasan tanaman sayur dan juga kawasan buangan sampah. Populasi yang terlalu banyak mungkin akan mendatangkan kesan kepada ternakan dan juga manusia yang berada di kawasan sekelilingnya. Beberapa jenis lalat termasuklah:
Lalat Rumah (Musca Domestica)
Lalat jenis ini termasuk dalam keluarga muscidae dan boleh ditemui hampir di seluruh dunia. Panjang badan 6-8 mm dan berwarna kelabu kehitaman. Di kawasan tropika, lalat rumah memerlukan 8-10 hari untuk melengkapkan kitaran hidupnya dari peringkat telur larva, pupa dan dewasa. Telurnya kelihatan seperti pisang, berwarna putih kekuningan dan panjangnya kira-kira 1mm. Telur ini akan menetas dalam tempoh 10-12 jam pada suhu 30 C. Hayat lalat rumah secara umumnya adalah selama seminggu sahaja. Artikel lengkap sila klik di sini
Lalat Kandang (Stomoxys calcitrans)
Lalat ini kelihatan seperti lalat rumah tetapi berbeza pada bentuk mulutnya. Sering dijumpai dengan banyaknya di kawasan penternakan khususnya lembu. Panjang lalat kandang dewasa adalah 5-7 mm. Lalat dewasa menghisap darah haiwan ternakan dan cenderung berada di kawasan terang di luar bangunan.
Lalat Hijau (Calliphoridae)
Lalat ini membiak di kawasan pembuangan dimana terdapat lebihan daging, ikan, bangkai, sampah ikan, sampah dan tanah yang mengandung bahan kotoran. Lalat ini jarang berkembang biak di tempat kering/bahan buah-buahan.
Lalat Daging
Lalat ini berwarna kelabu tua kira-kira 6-14mm panjang. Lalat ini mengeluarkan larva hidup di tempat pembiakan yang terdapat daging, bangkai, kotoran dan sayur-sayuran yang sedang membusuk. Secara umumnya boleh ditemui di pasar dan warung terbuka, pada daging, sampah dan kotoran tetapi jarang memasuki rumah.