Usahawan yang melibatkan diri dalam penternakan fidlot perlu mengikut garis panduan yang baik bagi menjamin hasil keluaran yang bermutu tinggi dan pada tahap yang paling menguntungkan. Melakukan usaha penternakan tanpa suatu panduan adalah amat tidak digalakkan kerana mereka berkemungkinan akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran yang boleh membawa kepada kegagalan. Bagi mendapatkan garis panduan yang lengkap, sila klik di sini.
Sebab-Sebab Kematian Lembu
Pelbagai sebab menyebabkan kematian lembu peliharaan. Beberapa sebab utama yang dikenalpasti diluar negara dipaparkan di bawah sebagai ingatan kepada usahawan penternak supaya lebih berwaspada bagi mengelakkan kerugian.
Rujukan: Vogel and Parrott (1993). Mortality survey in feedyards: The incidence of digestive, respiratory and other death losses. In: Scientific Update on Rumensin/Tylan for the Professional Feedlot Consultant. pp I1-I22. Elanco Animal Health, Indianapolis, Indiana
Takrifan Fidlot (Feedlots)
Fidlot ditakrifkan sebagai suatu ruang terhad yang dilengkapi dengan kemudahan bekas air dan tempat makanan dimana seseekor lembu diberikan makanan menggunakan tangan sepenuhnya atau secara mekanikal bagi tujuan pengeluaran (Australian Bureau of Statistics, 2005)
Pengimport Daging Lembu/Kerbau/Kambing/Bebiri di Seremban
IBA SUPPLIES SDN.BHD.
2024, Taman Blossom Height,
Jalan Tok Ungku,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.
2024, Taman Blossom Height,
Jalan Tok Ungku,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel: 06-632 0133
Fax: 06-632 0134
Bagi mendapatkan senarai penuh pengimport di semenanjung sila klik di sini
Fax: 06-632 0134
Bagi mendapatkan senarai penuh pengimport di semenanjung sila klik di sini
Kursus Keratan Daging Lembu
HS NADA SDN BHD akan menganjurkan kursus keratan daging lembu pada bulan Febuari 2010 untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan.Habibi di talian 03-6138 7681 atau sila klik di sini
Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
Website JPHNS menyediakan pelbagai maklumat yang berguna kepada usahawan penternak. Antaranya termasuklah manual-manual penternakan, bancian ternakan, prosedur mengimport, artikel-artikel, dan soaljawab mengenai penternakan. Jangan lepaskan peluang yang disediakan. Penternakan dalam era moden memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi berbanding sebelumnya. Bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya, sila klik di sini
Pembungkusan Daging
Tujuan Pembungkusan
- Meminimakan kehilangan lembapan yang menjejaskan tekstur, rasa, dan warna
- Mengelakkan daging bertukar gelap disebabkan tindakan molekul oksigen
- Melambatkan kesan suhu persekitaran ke atas daging
- Mengekalkan kestabilan warna daging kerana cahaya ultraviolet terhalang.
- Meminimakan kehilangan lembapan yang menjejaskan tekstur, rasa, dan warna
- Mengelakkan daging bertukar gelap disebabkan tindakan molekul oksigen
- Melambatkan kesan suhu persekitaran ke atas daging
- Mengekalkan kestabilan warna daging kerana cahaya ultraviolet terhalang.
Lembu Berpenyakit Cacing
Tanda-tanda yang biasa apabila ternakan menghadapi masalah cacing adalah seperti berikut:
- Kurang selera makan
- Kurus/lemah
- Berak cair/diarea
- Najis berbau
- Bulu tidak kemas dan pudar
- Perut buncit/abdomen besar
- Selaput basah pucat
- Bengkak berair dibawah dagu
- Kurus/lemah
- Berak cair/diarea
- Najis berbau
- Bulu tidak kemas dan pudar
- Perut buncit/abdomen besar
- Selaput basah pucat
- Bengkak berair dibawah dagu
Skim Akreditasi Ladang Ternak Malaysia
Skim Akreditasi Ladang Ternak Malaysia (SALT) bertujuan untuk memberi jaminan kualiti kepada pengeluaran ternakan hidup termasuk lembu pedaging, lembu tenusu, ayam pedaging, ayam penelur, rusa, kambing, bebiri, babi dan lain-lain ternakan. Skim ini amat berguna kepada usahawan penternak dalam usaha untuk meningkatkan dayasaing mereka dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Artikel berikut menyediakan segala penerangan berserta dengan syarat dan borang-borang bagi tujuan ini. Bagi mendapatkan maklumat selengkapnya mengenai perkara tersebut sila klik di sini
Manual Penternakan Lembu Fidlot
Didalam artikel ini terkandung pelbagai maklumat penting untuk usahawan penternak. Ini termasuk contoh-contoh rekod (borang) yang boleh digunapakai untuk memastikan penternakan yang lebih bersistematik sekaligus akan meningkatkan dayasaing syarikat. Bagi mendapatkan artikel penuh sila klik di sini
Permohonan Insentif Pengeluaran Penternakan
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran ternakan bermula 1 Jun 2008 kerana kenaikan harga minyak telah menyebabkan kenaikan kos pengeluaran pertanian yang membebankan petani, penternak dan pengusaha akuakultur. Semua Penternak lembu pedaging integrasi, tradisional dan fidlot; lembu tenusu; kambing; biri-biri; dan ayam/itik/puyuh pedaging dan penelur yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan adalah layak memohon. Bagi dapatkan buku panduan dan borang pendaftaran sila klik di sini. Maklumat ini juga mungkin berguna kepada usahawan penternak. Sila klik di sini
Pembekal-Pembekal Makanan Lembu Fidlot
Berikut disenaraikan beberapa syarikat yang membekalkan makanan lembu fidlot. Sila klik pembekal 1 atau pembekal 2 untuk maklumat sepenuhnya.
Laman Sembang Tani
Laman-laman sembang yang berkaitan adalah penting dalam mempertingkatkan pengetahuan mengenai sesuatu bidang keusahawan tani yang sedang dan akan diusahakan. Melalui kaedah ini kita boleh membina rantaian perniagaan selain mengenali lebih ramai penternak-penternak dari seluruh Malaysia. Sila klik laman sembang 1 atau laman sembang 2 jika ingin menggunakannya.
Contoh Kertas Kerja Penternakan Lembu Fidlot
Kertas kerja penternakan merupakan antara elemen penting yang perlu disediakan oleh seseorang usahawan penternak lembu. Kertas kerja ini biasanya digunakan untuk tujuan memperolehi pinjaman atau pembiayaan modal daripada institusi kewangan yang berdaftar. Beberapa contoh kertas kerja berkaitan boleh di perolehi apabila anda klik kertas kerja 1 atau kertas kerja 2 atau kertas kerja 3
Pendaftaran Syarikat
Maklumat-maklumat mengenai pendaftaran syarikat khususnya mengenai proses pendaftaran, syarat-syarat, bayaran yang dikenakan, borang-borang, dan sebagainya boleh diperolehi apabila anda klik rantaian ini
Subscribe to:
Posts (Atom)