Bekalan Lembu dari Ladang

Ladang ternakan fidlot kami menyediakan bekalan lembu
daging, daging lembu siap sembelih, dan kambing boer
untuk tujuan:

Akikah (Aqiqah)
Korban
Perkahwinan
Bekalan lembu hidup

Ternakan Itik dan Ayam Kampong juga boleh
di perolehi di ladang kami

Sesiapa yang berminat, sila hubungi:

Pengurus,
Ishak Hassan Farm,
Kampung Belangkan,
Kuala Sawah, Rantau, Seremban
Negeri Sembilan.

En. Nordin Udin (019-2413445 )

Inovasi dari Ladang Fidlot

Mengangkat makanan lembu fidlot merupakan satu masalah yang berlaku di mana-mana ladang.  Setelah berhadapan dengan pelbagai masalah, pihak kami telah mendapat idea untuk mempercepatkan urusan penyediaan makanan.  Selama ini makanan lembu dihantar dari satu petak ke petak lain menggunakan wheel barrow dengan kapasiti 4 guni setiap penghantaran dari tempat pemesinan.  Kenderaan berikut amat signifikan kerana mampu memuatkan 10 guni rumput napier yang siap dimesin. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kenderaan ini perlulah melalui pihak kami kerana ia telahpun di patenkan.

Penyediaan Rumput Napier

Rumput napier yang tumbuh subur di ladang kami adalah setinggi 15 - 20 kaki.Bagi memudahkan lembu fidlot kami, rumput ini perlu dimesin terlebih dahulu.  Setiap hari 2 lori rumput napier perlu dimesin sebagai makanan lembu dan kambing boer.  Ini memerlukan tenaga pekerja seramai 5 orang yang bekerja sepenuh masa iaiut dari pukul 8.30 pagi sehingga 6.30 petang

Pembesaran Kandang Kambing

Ketika ini kambing boer di ladang kami berjumlah hampir 150 ekor.  Oleh kerana bilangan yang semakin bertambah, kandang sedia ada telah di perbesarkan daripada 20' x 45' kepada 40' x 60'. Kandang baru ini menelan belanja hampir RM50,000.00 dan akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir Disember 2010

.

Lembu Sedang Bersantai

Ternakan yang dibela secara fidlot berada dalam persekitaran yang berbeza daripada kaedah tradisional.  Menurut berapa kajian di luar negara, keadaan terkurung mempunyai kesan tersendiri terhadap kadar pertumbuhan ternakan. Ternakan mungkin berada dalam keadaan tertekan dan boleh di kesan melalui tingkahlaku yang agresif, resah dan sebagainya.  Oleh itu, usahawan ternak perlu menyediakan satu kawasan yang sesuai untuk tujuan bersantai terutamanya ketika waktu siang.

Rumput Napier

Rumput Napier atau Pennisetum purpureum merupakan tumbuhan asli di benua Afrika yang berhawa tropika. Tumbuhan yang juga dikenali sebagai rumput gajah, rumput sudan, atau rumput raja ini amat sesuai di tanam di kawasan lembap bagi tujuan komersial. Ia sesuai untuk makanan ternakan kerana mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi. Oleh kerana Napier mempunyai batang yang agak keras, biasanya napier perlu di mesin sebelum di berikan kepada haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Syarikat kami telah menanam tumbuhan ini di tiga kawasan bagi menampung bilangan lembu fidlot sebanyak 300 ekor dan kambing boer sebanyak 150 ekor.


Menual Penternakan Lembu Fidlot

"Manual Penternakan Lembu Fidlot" adalah sangat berguna kepada bakal-bakal usahawan ternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot. Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik.  Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja. Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan.  Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat   bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing.  Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot. Seterusnya...

Pembinaan Pejabat dan Rumah Pekerja

Ruang pejabat untuk urusan pengurusan ladang sedang giat dilaksanakan.  Kemudahan dua tingkat ini ini juga menepatkan rumah pekerja yang boleh menampung sekurang-kurangnya 20 orang pekerja sepenuh masa lengkap dengan bilik tidur dan ruang memasak

Tapak Baru Untuk Pembiakan Baka

Syarikat IshakHassanFarm (IHF) merancang untuk membiak baka lembu untuk bekalan kepada ladang-ladang fidlot kecil-kecilan di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, dan Wilayah Persekutuan.  Projek yang dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya RM500 000.00 ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.  Tapak baru ini akan memuatkan lebih daripada 200 ekor induk muda untuk tujuan pembakaan. Kemudahan ini akan dilengkapi dengan teknologi termaju dalam pembakaan lembu sepertimana yang diamalkan di Amerika, Australia, New Zealand dan sebagainya.  Untuk jangka panjang syarikat kami juga akan menyediakan kemudahan-kemudahan latihan kepada pelatih doktor haiwan atau mana-mana pertubuhan yang berminat.

Kandang Baru Siap

Kandang berharga hampir RM200 000.00 ini bakal memuatkan lebih kurang 200 ekor anak lembu yang akan digemukkan. Semuanya adalah untuk bekalan korban pada bulan November ini. Dijangkan lembu-lembu ini akan sampai pada hari rabu ini. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak kami.

Penternak Lembu Di Negeri Sembilan

Sistem penternakan fidlot kami menggunakan lembu-lembu import dari Thailand diusahakan secara intensif sepenuhnya pada berat awal sekitar 200 – 250 kg. Lembu digemukkan dengan memberi makanan Palm Kernal Cake (PKC) sebanyak 7 – 8 kg seekor sehari berserta rumput napier 2 kali sehari untuk tempoh selama 120 hari. Dengan purata kenaikan berat badan antara 1.0 – 1.2 kg sehari. Kami memasarkan lembu fidlot apabila mencapai berat badan sekitar 300 – 400 kg

Akaun Bank

Seorang usahawan penternak perlu menyediakan akaun bank yang sesuai. Ini bertujuan untuk memudahkan segala transaksi yang melibatkan wang khususnya bagi jumlah yang besar.  Ia mungkin ketika membeli makanan lembu, membina kandang, membayar pengangkutan. Selain itu ia juga mungkin melibatkan pembeli yang ingin membayar harga lembu sama ada secara tunai atau menggunakan cek.  Oleh itu akaun semasa dan buku cek adalah satu kemestian bagi menjamin urusan berjalan dengan lancar.  Maklumat terperinci mengenai perkara tersebut boleh diperolehi di sini

Penjual Hampas Soya

Hampas soya dikatakan amat sesuai untuk lembu fidlot. Hampas soya dengan bekalan sebanyak 15 tan sehari berharga sekitar RM350 setan (termasuk termasuk pengangkutan di Shah Alam dan Klang) ialah RM350 setan. Sesiapa yang berminat boleh hubungi 019-2272127 untuk pesanan.

Syarikat Lori Sewa Bumiputera

Usahawan penternak yang baru memulakan penternakan mungkin memerlukan perkhidmatan lori sewa. Jadi bolehkah mempertimbangkan untuk membantu sesama bangsa.  Berikut merupakan syarikat lori bumiputera yang boleh dihubungi:

Kelakuan Lembu Fidlot

Ternakan fidlot dikurung dalam satu kawasan yang terhad hampir sepanjang masa.  Keadaan ini mungkin menyebabkan haiwan berada dalam keadaan yang tertekan.  Ternakan yang tertekan dikatakan tidak bagus untuk pertumbuhan dan produktiviti. Bilangan haiwan dalam sesuatu kandang dan cuaca terlalu panas merupakan antara contoh yang menyumbang kepada permasalahan ini. Beberapa petunjuk yang digunakan oleh penyelidik di barat untuk mengkaji sama ada sesuatu kelompok ternakan menghadapi masalah ialah: kekerapan haiwan berdiri, baring, makan, minum, dan berjalan dalam satu tempoh masa tertentu.

Rujukan:
Mitlohner, F. M., Morrow-Tesch, J. L., Wilson S. C., Dailey, J. W. Mcclone, J. J. (2001). Behavioral sampling techniques for feedlot cattle. Journal of animal science, 79(5), 1189-1193.

Tatatertib Melayan Pelanggan

Usahawan penternak perlulah peka ketika melayan pelanggan. Di sini digariskan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian.
1.   Bijak melayan kerenah pelanggan  
2.   Sentiasa senyum, mesra dan ramah semasa melayan 
3.   Berpakaian bersih, kemas dan sesuai 
4.   Bahasa digunakan mestilah sesuai 
5.   Sentiasa bersopan santun dan sabar 
6.   Berikan perhatian terhadap pelanggan 
7.   Tertib, jujur dan adil ketika berusaha menyakinkan pelanggan 
8.   Mengenali pelanggan sedaya upaya 
9.   Semat dalam minda bahawa perniagaan anda terletak pada pelanggan 
10. Perwatakan yang menarik

      Penyakit Lembu Gila

      Penyakit lembu gila (bovine spongiform encephalopathy - BSE) mula disedari oleh ahli-ahli biologi sejak lama dahulu. Penyakit ini mampu membunuh seseekor lembu pada kadar yang lebih tinggi berbanding penyakit-penyakit yang lain contohnya penyakit kuku dan mulut. Penyakit ini dalam sesuatu keadaan didakwa mampu menjangkiti manusia, dimana ia menyebabkan otak manusia semakin mengecut.

      Patologi Ternakan Lembu Fidlot

      Secara umum, patologi adalah kajian mengenai penyakit. Hubungannya dengan penternakan lembu ialah dalam kajian mengenai penyakit-penyakit lembu, virus-virus, kesannya kepada manusia, dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan.  Istilah yang digunakan agak sukar difahami oleh mereka yang tidak mendalaminya.  Walau bagaimanapun usahawan penternak perlu menyedari perkara ini dan peka mengenainya.  Contoh tentang patologi ini boleh diperolehi di sini

      Struktur Organisasi Fidlot Komersial

      Usahawan penternak yang berhasrat  membangunkan penternakan fidlot secara komersial perlu memantapkan struktur organisasi yang sesuai.  Berikut merupakan contoh struktur organisasi fidlot komersial di negara barat.



      Lokasi Ladang Kami

      Ladang fidlot kami berada di lokasi seperti gambar satelit di bawah.


      Kandang Baru

      Kandang fidlot baru kami yang berukuran 60x150 sedang dalam pembinaan. Kos pembinaan dianggarkan sekitar RM120,000.00 dan sesuai bagi 300-500 ekor lembu pedaging pada sesuatu ketika. Rekabentuk kandang ini menepati garispanduan schematic layout of feedlot (mukasurat 14) yang di keluarkan oleh Department of Agriculture and the State of Western Australia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila klik disini.

      Kawalan Lalat di Ladang Ternakan

      Lalat boleh didapati dengan banyaknya di kawasan penternakan seperti ternakan ayam, ladang lembu tenusu dan pedaging, kawasan tanaman sayur dan juga kawasan buangan sampah. Populasi yang terlalu banyak mungkin akan mendatangkan kesan kepada ternakan dan juga manusia yang berada di kawasan sekelilingnya.  Beberapa jenis lalat termasuklah:
      Lalat Rumah (Musca Domestica)
      Lalat jenis ini termasuk dalam keluarga muscidae dan boleh ditemui hampir di seluruh dunia. Panjang badan 6-8 mm dan berwarna kelabu kehitaman. Di kawasan tropika, lalat rumah memerlukan 8-10 hari untuk melengkapkan kitaran hidupnya dari peringkat telur larva, pupa dan dewasa. Telurnya kelihatan seperti pisang, berwarna putih kekuningan dan panjangnya kira-kira 1mm. Telur ini akan menetas dalam tempoh 10-12 jam pada suhu 30 C. Hayat lalat rumah  secara umumnya adalah selama seminggu sahaja. Artikel lengkap sila klik di sini 


      Lalat Kandang (Stomoxys calcitrans)
      Lalat ini kelihatan seperti lalat rumah tetapi berbeza pada bentuk mulutnya. Sering dijumpai dengan banyaknya di kawasan penternakan khususnya lembu. Panjang lalat kandang dewasa adalah 5-7 mm. Lalat dewasa menghisap darah haiwan ternakan dan cenderung berada di kawasan terang di luar bangunan.


      Lalat Hijau (Calliphoridae)
      Lalat ini membiak di kawasan pembuangan dimana terdapat lebihan daging, ikan, bangkai, sampah ikan, sampah dan tanah  yang mengandung bahan kotoran. Lalat ini jarang berkembang biak di tempat kering/bahan buah-buahan. 


      Lalat Daging
      Lalat ini berwarna kelabu tua kira-kira 6-14mm panjang. Lalat ini mengeluarkan larva hidup di tempat pembiakan yang terdapat daging, bangkai, kotoran dan sayur-sayuran yang sedang membusuk. Secara umumnya boleh ditemui di pasar dan warung terbuka, pada daging, sampah dan kotoran tetapi jarang memasuki rumah.

      Ciri-Ciri Umum Seorang Penternak Lembu Fidlot

      Seseorang yang berhasrat menceburi dunia penternakan lembu fidlot mestilah memiliki ciri-ciri berikut:
      • Berminat 
      • Mempunyai kawasan yang sesuai 
      • Mempunyai modal yang mencukupi 
      • Berkeupayaan untuk mengendalikan 
      • Mempunyai pasaran

        Lembu untuk dijual


        Ladang fidlot kami menyediakan lembu daging untuk dijual.  Anak baka lembu Brahmin dan baka Kacukan Kedah Kelantan (KK) diternak sehingga besar dalam keadaan sempurna  sememangnya diyakini akan memuaskan hati pembeli.  Silakan jika anda berhajat.

        Peluang Memajukan Penternakan Fidlot

        Pusat Fidlot Nasional (National Feedlot Centre - NFC) di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) merupakan program pengeluaran lembu secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas. Ia diterajui oleh syarikat integrator utama yang menaungi usahawan-usahawan fidlot secara kontrak di ladang yang sama atau sekitarnya (ladang satelit iaitu milik persendirian). Integrator ini membekalkan input utama seperti makanan ternakan dan lembu feeder, kemudian membeli balik ternakan untuk pemasaran dan pemprosesan.  Bagi mendapatkan maklumat penuh, sila klik di sini.

        Penyembelihan Haiwan Menurut Islam


        Takrif
        Sembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang. Sembelihan mengikut hukum syarak bermaksud menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat mari’ dan dua urat di kiri dan kanan leher binatang.

        Rukun Penyembelihan
        1. Penyembelih
        2. Alat penyembelihan
        3. Cara penyembelihan
        4. Binatang sembelihan
        Syarat-syarat sah sembelihan
        1. Penyembelih – orang Islam
        2. Niat atau qasad
        3. Berakal
        4. Memutuskan urat-urat tertentu (urat halkum dan urat mari’)
        5. Alat sembelihan – seperti pisau.
         Perkara-perkara Sunat ketikasembelihan
        1. Mengasah pisau supayacukup tajam.
        2. Untuk binatang yang lehernya panjang seperti unta dan angsa, sunat di potong pada pangkal lehernya.
        3. Mengadap ke arah kiblat.
        4. Menyebut nama Allah seperti Bismillah ketika menyembelih.
        5. Melakukan sembelihan di siang hari.
        6. Membaringkan binatang di atas rusuk kirinya dengan lembut dengan kepalanya diangkat sedikit.
        Perkara-perkara makruh ketika sembelihan
        1. Tidak membaca Bismillah.
        2. Menghalakan binatang selain dari arah kiblat.
        3. Meletakkan kaki di atas pipi binatang.
        4. Mengasah pisau di hadapan binatang yang telah dibaringkan dan di hadapan binatang binatang yang lain.
        5. Melakukan penyeksaan tanpasebab seperti memutuskan kepala, mematahkan leher, memotong hingga sampai ke saraf tunjang atau menyembelih dari belakang tengkok, menyeret binatang secara songsang ke tempat penyembelihan.
        6. Melapah atau memotong kulit sebelum binatang sembelihan itu sejuk.
        Fakta Semasa
        Premis sembelihan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal JAIM :
        1. Pert. Peladang Jasin, Jasin
        2. Zaidi Mohd Said , Bertam Hulu
        3. Ayam Segar Haidar , Peringgit
        4. Moh Rashid Khan, Ayer Molek
        5. Moh Seng Trad Co, Malim Jaya
        6. Zulkapli Minhat Ent., Alor Gajah
        7. Md Tegoh Ent., Bkt Palah
        8. Nan Yeun Quail Farm, Lendu
        Rujukan : ...... (2005). Penyembelihan Haiwan Menurut Islam. Pesan JAIM 11/2005. Jabatan Agama Islam Melaka.

        Baka Lembu Pedaging

        Baka lembu pedaging yang sesuai diternak di Malaysia ialah baka dari lembu:
        • Brahman
        • Kacukan Brahman
        • Simbrah
        • Droughtmaster
        • Bali
        • Kacukan Bali
        • Charolais
        • Kacukan Kedah Kelantan
        Pemilihan baka lembu pedaging adalah amat kritikal kerana keupayaan penghasilan daging adalah berbeza.

        e-Permit

        e-Permit adalah sistem aplikasi permit import eksport kastam yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan komuniti perdagangan, khususnya di sektor pertanian. Ia memberi kemudahan kepada pengeksport, pengimport dan ejen penghantaran membuat permohonan secara elektronik ke jabatan kerajaan berkaitan bagi mendapat kelulusan menerusi teknologi internet. Pelaksanaan sistem ini mengatasi masa permohonan yang selama ini membabitkan tiga hari dapat dikurangkan kepada sehari memandangkan keseluruhan proses dilakukan secara elektronik. Bagi menggunakan e-Permit itu, usahawan penternak perlu mendaftar dengan Dagang Net Technologies Sdn Bhd di sini.

        Mengimport Lembu dari Thailand

        Antara syarat yang diperlukan bagi mengimport lembu dari  Thailand ialah:
        • Memerlukan surat kebenaran mengimport dari Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
        • Memerlukan permit import dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
        Tindakan kuarantin adalah diperlukan selama 10 hari.  Bayaran bagi tempoh kuarantin adalah RM2.00 sehari bagi setiap ekor lembu

        Penternak Berjaya

        Penternak-penternak berjaya di seluruh Malaysia merupakan satu sumber yang perlu diteladani bagi tujuan memastikan penternakan yang sedang diusahakan mampu berkembang dan bersaing.  Kejayaan mereka sebagai penternak berjaya boleh dijadikan tandaaras (benchmark) untuk usahawan penternak yang baru menceburkan diri.  Jika berminat sila klik penternak 1, penternak 2, dan penternak 3.

        Zakat Ternakan

        Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Usahawan penternak perlulah memberi perhatian mengenai perkara ini dengan serius demi untuk keberkatan perniagaan yang sedang diusahakan, Keterangan selanjutnya sila klik di sini

        Resepi Masakan Berasaskan Daging Lembu

        Pelbagai resepi berasaskan daging lembu boleh diperolehi daripada Internet.  Seseorang usahawan penternak perlu juga mengambil tahu maklumat ini dalam usaha untuk perkembangan perniagaan dimasa akan datang. Perkembangan semasa dalam budaya masyarakat Malaysia semakin sinonim dengan catering dalam sesuatu majlis keraian. Penubuhan syarikat yang terlibat dengan aktiviti catering mungkin satu daripada altenatif untuk memaksimakan pulangan daripada penternakan lembu yang sedang diusahakan. Sila klik di sini jika berminat untuk mendapatkan resepi penuh.

        Lembu Korban

        Korban bermakna menghampirkan diri atau mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dengan menyembelih binatang korban untuk disedekahkan dagingnya kepada golongan fakir miskin. Syarat-syarat binatang ternakan untuk ibadat korban adalah terdiri daripada binatang-binatang seperti unta, lembu, kambing atau kibas, yang umurnya dua tahun serta sihat dan tidak cacat. Korban bagi seekor unta atau lembu adalah untuk tujuh orang, manakala kambing adalah untuk seorang

          Falsafah Penternak Lembu Daging Secara Komersial

          Daging lembu, tulang lembu, kulit lembu, tahi lembu, perut lembu semuanya perlu dijadikan duit.  Bahan-bahan buangan daripada seekor lembu perlu dikurangkan ke tahap yang paling minimum. Tiada jalan pintas untuk menambah nilai yang ada pada seekor lembu, Usahawan penternak perlu berinovasi, berkreativiti, dan menguasai ilmu penternakan lembu bagi memastikan kejayaan perniagaan yang sedang diusahakan. Segala halangan perlu dikenalpasti dan diperbaiki dengan segera dari semasa ke semasa.  Bahan-bahan rujukan mengenai penternakan lembu daripada serata dunia boleh diperolehi dihujung jari sahaja. Semuanya bergantung kepada kemahuan anda sendiri.....fikir-fikirkan lah. 

          Definisi Lembu Daging

          Lembu daging merujuk kepada lembu yang diternak untuk menghasilkan daging. Baka lembu daging biasanya dipilih daripada baka yang mempunyai daging yang tebal (Wikipedia)

          Garis Panduan Penternakan Fidlot yang Baik

          Usahawan yang melibatkan diri dalam penternakan fidlot perlu mengikut garis panduan yang baik bagi menjamin hasil keluaran yang bermutu tinggi dan pada tahap yang paling menguntungkan.  Melakukan usaha penternakan tanpa suatu panduan adalah amat tidak digalakkan kerana mereka berkemungkinan akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran yang boleh membawa kepada kegagalan.  Bagi mendapatkan garis panduan yang lengkap, sila klik di sini.

          Sebab-Sebab Kematian Lembu

          Pelbagai sebab menyebabkan kematian lembu peliharaan. Beberapa sebab utama yang dikenalpasti diluar negara dipaparkan di bawah sebagai ingatan kepada usahawan penternak supaya lebih berwaspada bagi mengelakkan kerugian.

          Rujukan: Vogel and Parrott (1993). Mortality survey in feedyards: The incidence of digestive, respiratory and other death losses. In: Scientific Update on Rumensin/Tylan for the Professional Feedlot Consultant. pp I1-I22. Elanco Animal Health, Indianapolis, Indiana

          Takrifan Fidlot (Feedlots)

          Fidlot ditakrifkan sebagai suatu ruang terhad yang dilengkapi dengan kemudahan bekas air dan tempat makanan dimana seseekor lembu diberikan makanan menggunakan tangan sepenuhnya atau secara mekanikal bagi tujuan pengeluaran (Australian Bureau of Statistics, 2005)

          Pengimport Daging Lembu/Kerbau/Kambing/Bebiri di Seremban

          IBA SUPPLIES SDN.BHD.
          2024, Taman Blossom Height,
          Jalan Tok Ungku,
          70100 Seremban,
          Negeri Sembilan.
          Tel: 06-632 0133 
          Fax: 06-632 0134
          Bagi mendapatkan senarai penuh pengimport di semenanjung sila klik di sini

          Kursus Keratan Daging Lembu


          HS NADA SDN BHD akan menganjurkan kursus keratan daging lembu pada bulan Febuari 2010 untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan.Habibi di talian 03-6138 7681 atau sila klik di sini

          Penternakan Lembu Fidlot Di Bawah Skim Mentor-Mantee MARA


          Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Seremban, Negeri Sembilan Malaysia

          Website JPHNS menyediakan pelbagai maklumat yang berguna kepada usahawan penternak.  Antaranya termasuklah manual-manual penternakan, bancian ternakan, prosedur mengimport, artikel-artikel, dan soaljawab mengenai penternakan.  Jangan lepaskan peluang yang disediakan.  Penternakan dalam era moden memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi berbanding sebelumnya. Bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya, sila klik di sini

          Pembungkusan Daging

          Tujuan Pembungkusan

          - Meminimakan kehilangan lembapan yang menjejaskan tekstur, rasa, dan warna
          - Mengelakkan daging bertukar gelap disebabkan tindakan molekul oksigen
          - Melambatkan kesan suhu persekitaran ke atas daging
          - Mengekalkan kestabilan warna daging kerana cahaya ultraviolet terhalang.

          Lembu Berpenyakit Cacing

          Tanda-tanda yang biasa apabila ternakan menghadapi masalah cacing adalah seperti berikut:
          - Kurang selera makan
          - Kurus/lemah
          - Berak cair/diarea
          - Najis berbau
          - Bulu tidak kemas dan pudar
          - Perut buncit/abdomen besar
          - Selaput basah pucat
          - Bengkak berair dibawah dagu

          Skim Akreditasi Ladang Ternak Malaysia

          Skim Akreditasi Ladang Ternak Malaysia (SALT) bertujuan untuk memberi jaminan kualiti kepada pengeluaran ternakan hidup termasuk lembu pedaging, lembu tenusu, ayam pedaging, ayam penelur, rusa, kambing, bebiri, babi dan lain-lain ternakan.  Skim ini amat berguna kepada usahawan penternak dalam usaha untuk meningkatkan dayasaing mereka dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Artikel berikut menyediakan segala penerangan berserta dengan syarat dan borang-borang bagi tujuan ini. Bagi mendapatkan maklumat selengkapnya mengenai perkara tersebut sila klik di sini

          Manual Penternakan Lembu Fidlot

          Didalam artikel ini terkandung pelbagai maklumat penting untuk usahawan penternak. Ini termasuk contoh-contoh rekod (borang) yang boleh digunapakai untuk memastikan penternakan yang lebih bersistematik sekaligus akan meningkatkan dayasaing syarikat.  Bagi mendapatkan artikel penuh sila klik di sini 

          Permohonan Insentif Pengeluaran Penternakan

          Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran ternakan bermula 1 Jun 2008 kerana kenaikan harga minyak telah menyebabkan kenaikan kos pengeluaran pertanian yang membebankan petani, penternak dan pengusaha akuakultur. Semua Penternak lembu pedaging integrasi, tradisional dan fidlot; lembu tenusu; kambing; biri-biri; dan ayam/itik/puyuh pedaging dan penelur yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan adalah layak memohon. Bagi dapatkan buku panduan dan borang pendaftaran sila klik di sini.    Maklumat ini juga mungkin berguna kepada usahawan penternak. Sila klik di sini

          Pembekal-Pembekal Makanan Lembu Fidlot

          Berikut disenaraikan beberapa syarikat yang membekalkan makanan lembu fidlot.  Sila klik pembekal 1 atau pembekal 2 untuk maklumat sepenuhnya.

          Laman Sembang Tani

          Laman-laman sembang yang berkaitan adalah penting dalam mempertingkatkan pengetahuan mengenai sesuatu bidang keusahawan tani yang sedang dan akan diusahakan.  Melalui kaedah ini kita boleh membina rantaian perniagaan selain mengenali lebih ramai penternak-penternak dari seluruh Malaysia.  Sila klik laman sembang 1 atau laman sembang 2 jika ingin menggunakannya.

          Contoh Kertas Kerja Penternakan Lembu Fidlot

          Kertas kerja penternakan merupakan antara elemen penting yang perlu disediakan oleh seseorang usahawan penternak lembu.  Kertas kerja ini biasanya digunakan untuk tujuan memperolehi pinjaman atau pembiayaan modal daripada institusi kewangan yang berdaftar.  Beberapa contoh kertas kerja berkaitan boleh di perolehi apabila anda klik kertas kerja 1 atau kertas kerja 2 atau kertas kerja 3

          Pendaftaran Syarikat

          Maklumat-maklumat mengenai pendaftaran syarikat khususnya mengenai proses pendaftaran, syarat-syarat, bayaran yang dikenakan, borang-borang, dan sebagainya boleh diperolehi apabila anda klik rantaian ini